Quilt Hexagon: Asas 4
Quilt Hexagon: Asas 4: Teknik Menjahit 2
Salam & Selamat Sejahtera
Dah sampai mana mak-mak buat hexagon masing-masing, dah banyak yang terkumpulkan? sekarang TM akan ajar macam mana nak cantumkan antara dua hexagon. TM memilih untuk membuat corak bunga, masih mengunakan asas mencantum yang sama tetapi rekaan yang berbeza sebelum terhasilnya cadar atau selimut yang mak-mak idamkan
Mak-mak boleh lihat TM mulakan jahitan pada bucu pertama 2 keping hexagon tersebut, TM juga menjahit diatas dimana jahitan tersebut mestilah dijahit atas kertas hexagon yang TM gunakan supaya apabila selesai nanti mak-mak mudah untuk mengeluarkan kertas tersebut
Salam & Selamat Sejahtera
Dah sampai mana mak-mak buat hexagon masing-masing, dah banyak yang terkumpulkan? sekarang TM akan ajar macam mana nak cantumkan antara dua hexagon. TM memilih untuk membuat corak bunga, masih mengunakan asas mencantum yang sama tetapi rekaan yang berbeza sebelum terhasilnya cadar atau selimut yang mak-mak idamkan
Ini merupakan asas menjahit hexagon yang mudah dimana jahitan dipanggil Whip Stitch. Ada pelbagai cara menjahit Whip Stitch, mak-mak boleh merujuk dari link yang TM sediakan. Teknik jahitan ini boleh digunakan dalam pelbagai kerja tangan yang lain juga, terus menjahit sehingga hujung bucu sekali lagi TM ingatkan mak-mak mesti menjahit diatas tanpa menjahit kertas template tersebut
Terakhir sekali TM ajar tunjukkan bagaimana mematikan jahitan. Pada simpulan jahitan yang terakhir mak-mak perlu melilit sebanyak 3 lilitan kedalam lubang terakhir tersebut seterusnya tarik dengan ketat untuk mengemaskan simpulan jahitan tersebut dengan kemas. Mak-mak boleh teruskan jahitan tersebut sehingga terhasil bentuk yang mak-mak inginkan. Ini hasil jahitan TM yang sudah siap untuk bentuk yang TM inginkan
TM juga sertakan beberapa link untuk panduan mak-mak mencari idea-idea yang sesuai untuk teknik menjahit hexagon ini dengan lebih mudah dan kemas. Pada TM pada permulaan proses ini apa yang TM titik beratkan adalah qualiti cantuman setiap hexagon bukan sekadar kekemasan kerana seperti yang mak-mak sedia maklum kita memerlukan berpuluh atau mungkin beratus keping hexagon untuk menghasilkan sesuatu cadar atau selimut serta bergantung kepada size hexagon tersebut secara teknikalnya jadinya ambillah perluang ini untuk memilih teknik yang sesuai dan cepat dengan hasil yang memuaskan hati mak-mak sediri
Sumber: Pinterest
Comments
Post a Comment