Kempen Penyusuan Susu Ibu utk Si kecil Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA - EXCLUSIVE BREASTFEEDING
AWARENESS 2015
JOM
MENYUSU
Salam
& Salam Sejahtera
Rindu TM tak?
Alhamdulilah TM sihat :)tapi hari ini TM nak
share KEPENTINGAN SUSU IBUKenapa? Seperti yang
mak-mak kat luar yang dah mempunyai anak-anak sedia maklum susu ibu ini adalah
makanan dan susu terbaik untuk anak-anak kita dan paling penting yang TM selalu
tekankan ia menjimatkan dari segi kewangan, masa dan kesihatan ibu dan anak. TM
adalah antara Ibu-Ibu yang diberi peluang merasai pengalaman Exclusive
Breastfeeding selamat 2tahun 3bulan. Alhamdulilah... Mencabar dan yang
penting memang menyeronokkan. Sebelum TM kongsi lagi banyak pengalaman Jom
mak-mak tengok kelebihan susu ibu tu sendiri terutama untuk bakal ibu dan yang
teringin nak Breastfeeding (BF) anak-anak mereka
Kelebihan BF
Secara kasarnya, Mak-mak
melihat kelebihan ini berguna untuk ibu dan anak dan kat sini TM kongi
kelebihan yang buat mak-mak lebih teruja dan seronok
- Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dengan lebih cepat, pengecutan rahim ini agak diambil serius untuk mak-mak yang baru atau sudah lama bersalin, Betul tak?
- Mengembalikan bentuk badan asal, menarikkan? alhamdulilah dalam masa yang singkat dan pemakanan yang seimbang dan sihat mak-mak akan berjaya kembali ke bentuk badan asal tidak dinafikan ada mak-mak yang mungkin kurang percaya tetapi ingat bentuk badan yang sihat bukan hanya kurus tetapi sihat itu objektif utama yang mak-mak perlu tegas dalam membesarkan si kecil
- Si kecil sihat dan pintar, dalam proses membesarkan si kecil TM yakin mak-mak mengambil serius tentang permakanan yang sihat dari peringkat awal petumbesaran si kecil jadinya mulakan dari sekarang kerana setiap makan sihat yang mak-mak makan akan menghasilkan susu yang baik untuk si kecil jadinya mencegah lebih baik dan dari mengubati kerana BF mengurangkan risiko mendapat Pneumonia (lebih dikenali sebagai jangkitan paru-paru), cirit-birit, OtitisMedia (jangkitan kuman pada salur penafasan atas dan menyebabkan tisu hidung bengkak dan tersumbat serta dipenuhi cecair), Asma, Obesiti dan penyakit lain-lain
- Mencegah Kanser Payudara, kanser yang digeruni mak-mak betul tak. Insyallah mak-mak mampu mencegah penyakit ini dengan cara dengan BF hebatkan?
TIP-TIP BF UTK SI KECIL
Mulakan seawal kehamilan
Meletakan niat (mindset) seawal awal kehamilan secara
saintif dan kajian ada yang menyatakan mak-mak yang berjaya penghasilan susu
sehingga 6 bln dan lebih ini telah meletakan niat untuk menghasilkan susu
disepanjang petumbesaran si kecil dengan kaedah memperbanyakan membaca serta
mengamalakan makanan sihat dan sunat seperti kurma, halbatulsauda dan susu di susuli dengan supplement lain
untuk menghasilkan susu yang banyak selepas bersalin
Bertenang
Ada dikalangan mak-mak
yang mula rasa murung dan merundum selepas bersalin kerana si kecil tidak
pandai menyusu, susu yang dihasilkan terlalu sikit dan merasakan rasa kurang
selesa lagi-lagi yang melalui proses besalin secara C-ser atau kesan trauma
bersalin. Bertenang, proses menghasilan susu akan tergangu apabila mak-mak mula
tertekan. TM paham mak-mak dan TM mengalami pelbagai drama sepanjang bersalin
tetapi percayalah si kecil ini akan membesar dengan cepat jadinya mak-mak kena
memanupulasikan keadaan supaya lebih selesa contoh,
- Kelengkap menyusu yang pelbagai seperti pam, botol susu yang pelbagai puting, serta pakaian yg sesuai bg memudahkan sesi penyusuan, ini akan memudahkan mak-mak melihat dimana diantara kelengkapan yg bersesuaian dengan si kecil dan mak-mak sendiri terutama dari pengurusan masa dan keselesaan
- Memberi peluang pada si kecil supaya lebih selesa tidak kira dimana mak-mak berada sentiasa bersedia kerana dalam sesi pengenalan TM rasa mak-mak perlu kurang aktiviti lusar rumah ini kerana ada sesetengah si kecil tidak selesa dan menyebabkan mak-mak akan rasa tidak senang dan tertekan dari pengalaman adakalanya si kecil
Permakanan
Berkualiti
Dalam tempoh berpantang ada di antara
mak-mak terikat dengan pantang larang dari keluarga masing-masing contohnya,
adanya hanya boleh makan nasi panas satu senduk atau hanya boleh makan nasi
sekali satu hari tetapi. Sebagai bakal mak-mak kita perlu membetulkan sedikit
idologi permikiran ini kerana untuk menghasilkan zat makan tinggi dan prosesnya
melalui mak-mak sendiri.
- Makan dengan kejap dalam kuantiti yang sikit dan berkualiti seperti Oat dengan buah-buahan segar, roti dan sebagainya
- Gantikan beras biasa kepada beras kurang kanji untuk membolehkan mak-mak lebih sihat
- Sentiasa minum air secukupnya untuk kekal sihat dan bertenaga
- Sentiasa cergas dan tidur secukupnya
Susu Berkualiti
Ada diantara mak-mak terlalu risau akan
kuantiti susu yang dihasilkan sehingga mengabaikan kualiti itu sendiri, tetapi
dalam tidak sedar perut si kecil hanyalah sebesar buah cherry pada hari
pertama? Dan ada dikalangan mak-mak terlalu risau keupayaan menyusukan si kecil
tetapi bersabarlah kerana setiap si kecil mempunyai rezeki masing-masing dalam
proses penyusukan dan mak-mak harus bertawakal dengan keberadaan penghasilan
susu tetapi jangan terlalu awal berputus ada kerana ada pelbagai cara seperti
- Power pumping, pam payudara sebelah kanan/kiri anda selama 10 minit. Kemudian bertukar pula kepada payudara yang lagi sebelah juga selama 10 minit.
- Menyusukan si kecil dengan kerap, tidak kira mengepam atau Direct BF, mak-mak mesti lah rajin dari peringkat awal bagi memberi signal yang baik pada payudara tentang kadar penghasilan susu yang diperlukan jika mak-mak mengambil sambil lewa ini juga memberikan kesan terhadap signal yang diterima oleh otak dari payudara, semakin kejap si kecil meyusu semakin banyak susu yang dihasilkan
- Mengamalkan teknik penyusuan yang betul, ada dikalangan mak-mak yang mengambil mudah akan teknik penyusuan yang berkesan, mak-mak boleh rujuk pada pakar kanak-kana si kecil untuk teknik penyusuan yang bersesuai dgn mak-mak
Size perut Si kecil & susu yang diperlukan
*** Jangan malu untuk bercomment dan berkongsi pendapat Mak-Mak dengan TM sebarang tips dan masalah untuk kita sama-sama jadikan ilmu bermanafaat ini untuk mak-mak dan bakal mak-mak yang lain yer...
** Tidak kira berapa banyak dan keadaan si kecil sepanjang sesi penyusu mak-mak harus tawakal dan bersyukur dengan pemberinya setiap usaha mak-mak pasti membuahkan hasil bukan hanya terlalu memikirkan teguran, kuantiti atau tempoh sahaja tetapi susu ibu ini adalah pengikat kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Sentiasa bersyukur tau
* jujurnya perjalanan menyusukan si kecil terlalu dramatik bagi mak-mak mudah apabila ia berkaitan dengan bahagia sulit mak-mak sendiri terutama di public, sentiasa bawa bertenang dan belajar meyusaikan diri dengan si kecil supaya aktiviti riadah mak-mak tidak tergangu seperti mula menyusu kan si kecil dalam kereta sebelum ke mall atau majlis, bawa susu yang sudah diperah sebagai tambahan jika tempat yang dituju tidak sesuai untuk penyusuan dan berpakaianlah dengan selesa dan mempunyai kesesuaian untuk penyusuan si kecil
Nota Untuk Suami
Nota Untuk Suami
- Cik suami modern sekarang TM tahu ramai yang baik-baik dan bertimbang rasakan? jadinya bukan mak-mak saya yang perlu bertenang tetapi cik suami pun perlu memainkan peranan sama bagi memberi keselesaan pada si kecil, elakkan dari ke tempat-tempat yang tidak sesuai
- Cik suami pun mesti suka bila pebelanjaan dapat dijimatkan dari segi kos susu dan kesihatan kan? jadi bersabar dan sentiasa menyokong mak-mak supaya kekal sihat dan ceria
- Jom Bersenam? cik suami boleh mula bersenam dengan membantu mak-mak menguruskan rumah bagi meringankan tugasan harian mak-mak seperti mengemas rumah, memandikan si kecil, memasak, dan sebagainya
Mulakan dari sekarang segala-segalanya yang baik dalam membina rumahtangga yang sihat dan bahagia bukan sekadar mencari nafkah yang cukup tetapi ia juga merangkumi kesihatan rohani dan jasmani.. Sampai sini jelah TM kongsi tip sihat ini
Terima Kasih
Comments
Post a Comment