Quilt Hexagon: Asas 3

Quilt Hexagon: Asas 3: Teknik Menjahit 

Salam & Selamat Sejahtera

Sekarang TM akan mulakan bagaimana untuk menjahit quilt hexagon, projek ini agak memerlukan masa yang panjang untuk mak-mak hasilkan sesuatu bergantung kepada bentuk yang mak-mak pilih, setiap keping hexagon dan hasilnya ada lah berbeza dari orang lain, mesti mak-mak akan rasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerjanya bila sudah siap kelak. TM jujurnya masih berkerja keras untuk quilt hexagon TM sediri khas untuk anak TM jadinya mari lah kita sama-sama kongsikan hasil kerja kita dalam blog yang lain bila sudah setiap nanti. Meneruskan cerita tentang teknik menjahit quilt hexagon ini, mak-mak boleh tengok dan baca dari blog atau video yang sedia ada, mereka mengunakan pelbagai teknik dan cara
TM pun guna cara sendiri mengikut kesesuaian kerana untuk menghasilkan beratus keping hexagon TM tahu kita perlukan masa yang panjang memandangkan mak-mak berkongsi masa bersama anak-anak dirumah juga jadinya TM cadangkan mengunakan alatan serta cara yang cepat dan ringkas supaya mak-mak tidak rasa putus asa dan membebankan sepanjang proses ia dibuat, walaupun ianya hanyalah projek masa lapang tapi TM lebih selesa dengan projek yang tidak terlalu membebankan.

Mari kita mulakan bagaimana untuk menghasilkan quilt hexagon mak-mak



Ini hasil dari hexagon yang dah potong, TM gunakan template yang dah siap boleh baca dari blog sebelum ini bagaimana nak buat template sendiri selain beli dah siap. TM letak taip biar senang untuk proses menjahit nanti, tak letak pun ok mengikut kesusaian mak-mak


Hexagon ini perlukan basi, dari template ini juga terpulang pada mak-mak tapi TM cadangkan basi dalam ½ inci supaya senang dan kemas untuk dilipat pada setiap penjuru nanti.



Untuk menjahit bagi hexagon yang pertama TM cadangkan letak klip kertas pada 2 sisi dan mula menjahit pada penjuru yang pertama, jangan risau mak-mak boleh menjahit pada kertas template tersebut bila dah siap kita boleh gunting benang-benang yang ada dan tanggalkan template seterusnya teruskan menjahit sehingga selesai pada setiap penjuru



Ini hasilnya, TM nk ingatkan jangan matikan jahitan tersebut, biarkan benang supaya senang untuk proses mengeluarkan template apabila siap nanti. Kalau ada mak-mak yang cari teknik yang lebih mudah TM ada cadangkan beberapa link yang sesuai untuk mak-mak pilih selain cara TM ini



Sumber: Pinterest
  








Comments

Popular Posts