Quilt Hexagon: Asas 1

Quilt Hexagon: Asas 1: Peralatan

Salam & Sejahtera

Jemu melayan kerja rumah yang hampir sama setiap hari, berkira-kira meletak baget untuk menghias rumah??
Hari ini Traveler Mom (TM) nak ajak berkongsi idea membuat Quilt Hexagon yang paling senang dan menarik untuk mak-mak dirumah...

Barang-Barang Asas
Kain
TM percaya ramai mak-mak dirumah yang banyak kain-kain lama yang tersimpan dalam almari tu
tak kira, baju lama, langsir dan sebagainya... TM suka nak share kita guna peralatan yang ada dalam rumah dan meminimum kan peralatan yang nak digunakan memadangkan bukan semua mak-mak ada peluang untuk ke Mall selalu atau berkira2 dengan budget yang ada


Peralatan(Jarum&Benang)
Mesti ada confirmlah



Pemotong (Gunting/Rotary Cutter)

Gunting ni semua mesti ada jugakan tapi Rotary Cutter ini TM rasa agak jarang digunakan dikalangan kita kalau yang selama ini menjahit baju atau langsir. Rotary Cutter ini pemotong macam pisau biasa tapi berbentuk bulat. Banyak jual kat kedai art dan mungkin ada dekat kedai barang-barang menjahit dan kraf tangan. Harganya bergantung pada kualiti, jujurnya agak mahal tapi dalam Quilt Hexagon ini bergantung pada template kita tu. Nak dapat yang murah boleh beli dekat Daiso walaupun kualiti memotongnya agak tak berapa dan bergantung pada kain kita potong tapi TM cadangkan masih boleh digunakan dan akan biasa bila dah beratus-ratus keping mesti dah pandai punya...



Template
TM faham mesti ada yang tertanya-tanya macam mane nak buat hexagon ini. TM beli yang dah siap untuk asas dan cepat, TM jumpa dekat Sportlight Art & Craft Ampang Point RM13 untuk 100 keping boleh tahan harganya sebenarnya untuk kertas macam tu tapi ada 2-3 cara yang TM akan ajar dalam blog seterusnya selain print dan potong kita boleh buat gunakan pembaris dan juga jangka lukis, jadinya mak-mak boleh terus berjimat dan terus penuhkan banyak masa mak-mak nanti. Hexagon ini memerlukan kesabaran untuk mak-mak termasuk TM sediri tapi TM harap mak-mak akan gembiran dengan hasilnya bila siap INSYALLAH








Comments

Popular Posts