Tips: Makan Dirumah Vs Berkerja

Tips Masak Sebagai Mak-Mak Berkerja

Salam & Selamat Sejahtera

Malas masak? Tak cukup masa untuk berehat. TM bukan lah mak-mak yang bekerja tetapi TM tersentuh melihat mak-mak yang meredah hujan di kedai makan untuk makan malam, berhujung minggu di kedai-kedai makan dipusat membeli-belah. TM dibesarkan dirumah oleh mak yang bekerja. Menikmati makan luar hanya sekadar pada waktu-waktu tertentu mungkin kerana ayah TM seorang yang tegas dengan apa yang kami menikmati setiap hari. Kekangan masa yang berbeza dulu dan sekarang membuatkan ramai keluarga yang memilih untuk menikmati makanan diluar. 



Kenapa Perlu Makan Dirumah

  • Kebersihan dan kesihatan, ikhlasnya makanan diluar bukan lah 100% bersih dan sihat tidak kira dimana tempat yang ia disediakan kerana TM atau mak-mak pun tak penahkan masuk ke  dalam dapur tukang masak tersebut jadinya kesedaraan ini perlu mak-mak pertimbangkan. TM memahami kekangan masa dan tenaga sebagai mak yang bekerja tetapi mahu ke mak-mak menyuapkan anak-anak kesayangan mak-mak dengan makan yang tidak bersih dan berlemak? 
  • Jimat, berapa anggaran untuk satu hidangan lengkap diwarung tomyam untuk satu keluarga? hidangan yang lengkap dengan Kabohidrat, Protein dan Vitamin? Kalau hampir setiap minggu nilainya jika dikumpul mampukah mak-mak memiliki sebuat alatan dapur yang mampu menolong mak-mak menjimat dan selamat untuk anak-anak kecil dirumah.
  • Masa, sebagai mak-mak bekerja bersama dengan keluarga adalah benda yang paling bernilai. Jika kita memilih untuk makan diluar sudah pasti kita secara tidak sengaja mengurangkan masa bersama keluarga menonton televisyen, membantu anak-anak mengulang-kaji pelajaran dan sebagainya. Adakah mak-mak mahu terus kurangkan masa bersama keluarga hanya kerana malas??
Tip Menjimatkan Masa  

TM akui bukan senang untuk memulakan rutin memasak sebagai mak-mak bekerja tetapi TM senang untuk kongsikan beberapa tip yang boleh membantu mak-mak. Kalau seminggu, kita mulakan dengan 2-3x seminggu tidak termasuk hari minggu serta masaklah dengan kuantiti yang hanya untuk 1 hidangan seperti yang disediakan dikedai makan. Pesan orang lama "Air tangan isteri, pengikat hati suami" jadinya gunakan kelebihan air tangan mak-mak untuk merapatkan ukhwah dalam keluarga mak-mak sendiri, Insyallah.  

  • Jom Shopping
          Mungkin inilah masa yang sesuai mak-mak mulakan rutin ke pasar atau pasar raya untuk            memilih barang kering dan basah untuk dijadikan juadah harian tidak kira hidangan barat atau hanyalah juadah biasa tapi TM suka pesan mak-mak dengan mulakan dengan juadah yang ringkas dan cepat bagi menjimatkan masa bagi juadah yang dihasilkan. Mak-mak boleh cari tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan menyiang ikan dan ayam supaya mak-mak tidak perlu bertungkus lumus untuk proses pembersihan. Pilih sayur-sayuran yang tahan lama dengan kuantiti mengikut rutin hidangan yang ingin disediakan contohnya karot, dengan sebatang karot mungkin mak-mak boleh menghasilkan nasi goreng bersama karot, sayur campur, atau ikan stim bersama karot dan sebagainya.

  • Pra-Penyediaan
          Ambil sedikit masa pada hujung minggu atau dimalam hari untuk membuat pra-penyediaan seperti kupas dan kisar bawang, kisar cili serta menyimpan ayam serta ikan yang sudah dibersihkan kedalam peti sejuk untuk mempermudahkan kerja-kerja memasak. Pastikan mak-mak tidak membersihkan dengan kuantiti yang terlalu banyak bagi mengelakan pembaziran jika tidak digunakan dan disimpan terlalu lama. Untuk ikan atau daging, mak-mak boleh mengunakan Mircowave untuk defroze atau tingalkan didalam suhu bilik semalaman dan masukkan dalam peti sejuk semula pada bahagia defroze supaya daging atau ikan tidak busuk dan tidak beku sepenuhnya

  •  Resepi Sihat
           Mulakan rutin memasak ini dengan resepi yang mudah dan ringkas mengikut kemampuan mak-mak dalam memasak. Mak-mak boleh mencuba resepi ringkas seperti mengoreng, merebus atau membakar. Mengikut amalan permakanan mak-mak sediri atau lebih senang selera mak-mak dan keluarga, terdapat banyak resepi ringkas yang mak-mak boleh cuba dari kedai buku, blog-blog, FB dan sebagai nya. Melalui resepi yang mak-mak pilih, mak-mak sudah berjaya menjaga kualiti bahan yang digunakan serta mengurangkan perisa atau lemak-lemak tersembunyi.



  • Makan & Kemas Bersama
          Banyak kajian dari luar negara anak-anak yang membesar dari hasil air tangan dirumah lebih sihat dan kurang cenderung kepada masalah sosial. Hebat bukan? tetapi disini mak-mak boleh mulakan satu aktiviti dan proses pembelajaran pada anak-anak dirumah untuk membantu mak-mak didapur seperti mengemas meja makan, basuh pingan, dan sebagainya. Mak-mak boleh memastikan mereka mula mengamalkan displin dirumah dengan memastikan tiada pinggan atau cawan yang kotor disinki. Ambil sedikit masa untuk membersihkan dapur selepas selesai makan supaya mak-mak boleh mulakan memasak esok hari dengan mudah seperti mana yang diamalkan oleh semua-semua tukang masak di dunia 

  • Pembantu Hebat
         Zaman yang serba moden ini bukan hanya pada teknologi komunikasi tetapi sedar atau tidak kita sudah memiliki pembantu peribadi yang hebat didapur, apa yang TM cuba kongsi disini adalah peralatan dapur yang selamat dan menjimatkan masa. Terdapat pelbagai peralatan dapur yang canggih dan berbaloi untuk dimiliki seperti Food Processor, Deep FryerAir Fryer dan sebagainya dengan harga yang mampu milik mak-mak boleh membantu mengoreng dengan minyak atau tanpa minyak dengan mudah dan selamat serta alatan memotong, mencincang dan mengisar hanya dengan satu alatan eletrik. Jadikan pembantu hebat ini kawan mak-mak yang boleh menjimatkan masa dan tenaga serta selamat untuk mak-mak memudahkan rutin memasak setiap hari 








Comments

Popular Posts