Holiday~ Desa Balqis

Salam & Selamat Sejahatera,

Lama sangat tak menulis.. Rindu tau, TM nak share percutian TM 
Sebenarnya TM dimurahkan rezeki, 6 bulan selepas bersalin
anak no 2, selepas cerita TM sebelum ni. Memandangkan raya tahun ni pn 
TM jadual ketat jadi TM dengan family buatlah 1 short gateway 





Anak & MakAyah,

TM memang perit sikit dengan suasana hotel, untuk TM sekeluarga ok jer, tapi bila yang melibatkan family TM akan fikir panjang sikit dan memandangkan acara cuti ni ada bakar-bakaran (orang jawa panggil) dan laut, jadi kami pun pilih lokasi ni... 
kalau ada yang penah ke Kuala Sungai Baru atau Pengkalan Balak masalah memilih lokasi untuk istirehat mungkin bukan issue besar tapi untuk buat bakar-bakaran ni sebenarnya memang masalah... 
Boleh kata hampir kebanyakan chalet tak benarkan atas faktor kebersihan dan keselamatan TM rasalah tapi kat Desa Balqis ni, dorang sediakan perkhidmatan (barang basah je bawak sendiri)

Kawasan & Lokasi yg Selesa

Kelebihan tempat ni, lokasi di memang tak dinafikan selesa sebab dekat jalan besar dan parking sebelah chalet korang je, dengan laman dan branda yang cukup cantik dan jauh dari pantai. TM pilih suasana macam untuk keselamatan anak-anak sebenarnya. Jangan risau, kat sini ada swimming pool dan bilik berAir-Con jugak serta water heater 




                                               

Pendek cerita, 

Lokasi dan tempat dia sesuai untuk back to future sikit, rumah kampung ada branda dan laman macam dulu-dulu kat melaka.
TM yang suka berkumpul walaupun kecik tapi kami suka borak-borak, tidur tempat santai-santai. 
TM pilih rumah PakSu, 1 bilik tapi boleh muat 2 family dan boleh request extra bed, untuk aktiviti bakar-bakaran pulak, 1 set bbq set Rm50+ jadi korang perlu bawak barang basah sendiri je, dorang ada mini frezee boleh lah simpan sementara tunggu malam. TM dengan mak dah siapkan sambal, dan barang-barang mcm kacang, ikan bilis dan telur rebus dari rumah jadi kat sana tingal masak nasi je...
Malam tu kami berbakar-bakar kecil-kecilan... paling seronok lagi area bbq ni agak terlindung dan privacy sangat jadi anak-anak dapatlah berseronok lagi sambil makan 




Sarapan

Desa Balqis sediakan sarapan door-to-door esok paginya,
Jadi pagi-pagi boleh lah terjun mandi manda lagi sebelum balik.


Harga
Boleh lah survey kat website dorang tau

Kemudahan
Selain dari Bbq dorang ada sediakan aktivit utk reunion yang besar-besar, karoke dan padang sukaneka 

Toilet: 4/5 design toilet dorang dah diubah suai sebenarnya dengan konsep modern jadi tak perlu ragu-ragu budget mandi kat luar. selesa insyallah

Kebersihan: kalau korang perassan, kesemua rumah di Desa Balqis rumah lama & kayu. Persekitaran dlm rumah sebenarnya bersih dan selesa cuma boleh lah bawak ubat nyamuk sembur atau kelambu portable kalau risau, Jadi sampai sini jelah yer TM share kalau ada tempat uniq lagi nanti TM review 



Comments