Family Myth 1: Holiday Mood Ok? KO?

Travel Vs Family 

Family

Salam & Selamat Sejahtera

TM nak share sikit pengalaman berjalan dengan family, kalau dengan family sendiri TM rasa mak-mak mungkin tak ada masalah yang berat atau perlukan tips sebab mereka lebih memahami atau kita pun dah biasa tapi pengalaman bersama keluarga mentua.  Mak mentua suka anak-anak ikut dalam acara atau majlis-majlis kenduri yang boleh TM panggil Gateway Vacation . Tarik nafas lepas, perjalanan jauh, anak kecil, majlis dan balik. Bunyi agaknya padatkan. TM melalui kemeriahan ini dari kecil yelah ayah TM punya 11 adik beradik banyakkan setiap kali ada majlis kawin tentu destinasinya merata semenanjung , bila TM kawin mak mentua TM pun ada keluarga besar dan sekali lagi majlisnya semeriah masa TM kecil, disinilah bermulanya perselisihan jadual dan keadaan yang TM suka nak tolong

Jadual: 

  • Pastikan Mak-Mak perihatin dengan jadual perjalanan serta aktiviti yang berjalan kalau mak-mak ingin menyelitkan masa untuk berjumpa kenalan lama atau saudara-mara lain atau ketempat-tempat penting lain sekejap? 
  • Kelengkapan rapi dan ringkas terutama untuk anak-anak kecil, walaupun hanya satu malam perhentian ada kalanya anak-anak kecil ini boleh jadi terlalu aktif dan moody mungkin kerana perjalanan yang jauh atau perubahan jadual tidur mereka yang berbeza serta cuaca yang tidak menentu.
  • Keadaan ahli keluarga mak-mak sendiri jika mak-mak menaiki kenderaan yang sama dan bermalam dengan mereka dan sudah pasti majlis-majlis kenduri melibatkan ramai sanak-saudara yang ramai
  • Rehat serta keperluan peribadi Mak-Mak sendiri

  
Destinasi


  • Jika Mak-mak ke hotel mungkin kelengkapan asas telah disediakan tetapi berbeza keadaannya jika mak-mak bermalam di homestay dimana keperluan asas memainkan peranan penting seperti sabun, syampoo dan sebagainya
  • Ada masanya lokasi tempat tinggal agak jauh dengan kemudaan asas seperti kedai atau 7E jadinya sekali lagi mak-mak perlu membuat persedian yang ringkas dan cukup supaya tidak perlu berjalan jauh lagi selepas penat berjalan
  • Perihati dengan siapa mak-mak berjalan pada yang biasa berjalan jauh mungkin semua diatas bukan perkara yang penting tetapi pada yang tidak sentiasa simpan ubatan asas seperti panadol, ubat tahan sakit dan minyak angin jika berlaku sebarang rasa tidak selesa sepanjang perjalanan
  • Bekal? bunyi seperti kolot bukan tetapi inilah penyelamat dan jimat kos sebab mak-mak tak perlu ke gerai untuk menikmati secawan teh atau kopi dipagi hari
TM harap tips ini membantu secara ringkas untuk mak-mak berjalan dalam tempoh yang pendek dan jauh. Adakalanya persedian yang tidak cukup serta emosi yang kurang seronok akan membuatkan mak-mak rasa emosi tertanggu tetapi tidak apa ianya akan jadi kenangan yang baik untuk mak-mak dan keluarga INsyallah 

Comments

Popular Posts